Zahir.

ZAHIRKAN CINTAMU PADA RASULULLAH S.A.W

Cinta adalah sesuatu yang hidup membara meronta dalam jiwa maka ia perlu dizahirkan dengan pelbagai cara.

Menyambut Maulidur Rasul adalah bahasa Cinta untuk menzahirkan Cinta pada kekasihnya yang amat dicintai.

~Para Sahabat r.a. menzahirkan Cinta dengan mata yang tiada berpaling dari wajah Baginda.

~Ahlu Bait menzahirkan Cinta dengan tangisan yang penuh kerinduan.

~para ulama menzahirkan Cinta dengan tulisan yang mengali sunnahnya.

~para ahli sufi menzahirkan Cinta dengan syair yang penuh mengasyikan

Mengadakan majlis Maulidur Rasul adalah menifistasi para pencinta lantaran tiada lagi dapat menatap wajah Baginda melepaskan rindu dengan alunan syair yang penuh pujian buat Baginda.

Namun semua mengerti cinta yang benar suci menghidupkan sunnahnya dalam segala aspek kehidupan.

-Syeikh Ibrahim Pulau Manis-

Advertisement

Ulangkaji.

Ulang kaji rukun2 dalam Islam

1) Rukun Islam
2) Rukun Iman
3) Rukun solat

*Rukun Islam*
1) Mengucap kalimah syahadah
2) Mengerjakan solat
3) Berpuasa dibulan Ramadhan
4) Mengeluarkan zakat
5) Mengerjakan haji sekiranya mampu

*Rukun Iman*
1) Percaya pada tuhan
2) Percaya pada malaikat
3) Percaya pada kitab Al Quran
4) Percaya pada rasul
5) Percaya pada hari qiamat
6) Percaya pada qada dan qadar

*Rukun solat*
1) Berdiri tegak
2) Niat
3) Takbiratul Ihram
4) Membaca surah Al Fatihah
5) Rukuk dan thumakninah
6) Iktidal dengan thumakninah
7) Sujud dua kali dengan thumakninah
8) Duduk diantara dua sujud dengan thumakninah
9) Duduk bagi tahiyat akhir
10) Membaca tahiyat akhir
11) Membaca selawat
12) Memberi salam
13) Tertib

13 rukun ini pula terdiri dari pembahagian kecil, rukun ini dikenali sebagai:

*Rukun qauli*(Bacaan mulut dengar ditelinga sendiri)
1) Takbiratul Ihram
2) Membaca Al Fatihah
3) Membaca tahiyat Akhir
4) Selawat atas nabi pada tahiyat akhir
5) Salam yang pertama

*Rukun qalbi*(Dalam hati)
1) Niat
2) Tertib

*Rukun fi’li*(perbuatan/pergerakan)
1) Qiam( berdiri tegak)
2) Rukuk
3) Iktidal
4) Sujud
5) Duduk diantara dua sujud
6) Duduk membaca tahiyat akhir

*Solat sunat yang di galakan dan amat digalakan*

Sebelum(qabliyah) dan selepas(ba’diyah) solat waktu
1) 2 rakaat sebelum subuh(amat digalakan), selepas subuh tiada sunat dan dilarang solat

2) 2 rakaat zohor@jumaat(amat digalakan) dan 2 rakaat selepas zohor@jumaat(amat digalakan)

3) 2 rakaat sebelum asar( digalakan) dan selepas asar tiada solat sunat

4) 2 rakaat sebelum magrib(digalakan) dan 2 rakaat selepas magrib(amat digalakan)

5) 2 rakaat sebelum isyak(digalakan) dan 2 rakaat selepas isyak(amat digalakan)

*WUDHU*
PENGERTIAN WUDHU ADALAH MENGGUNAKAN AIR BERSIH(SUCI LAGI MENSUCIKAN) UNTUK MEMBASUH ANGGOTA2 TERTENTU YANG DITETAPKAN SYARA.

FARDU WUDHU
1) Berniat mengambil wudhu
2) Membasuh muka dengan meratakan air dari tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dua2 tulang dagu( bawah dagu) dan antara cuping dan anak telinga kanan dan kiri

3) Basuh kedua tangan (dari pergelangan tangan hingga siku)

4) Sapu sebahagian dari kepala

5) Membasuh kedua kaki serta kedua buku lali

6) Tertib


SUNAT WUDHU
1) Membaca Bismillah dan membasuh kedua belah tangan hingga ke pergelangan tangan

2) Berkumur sebanyak 3 kali

3) Memasukan air kedalam lubang hidung sebanyak 3 kali

4) Menyapu air ke telinga air ke telinga sebanyak 3 kali

5) Membaca doa wudhu

SETELAH SELESAI WUDHU BACA LAH DOA INI
Asyhadu alla ilaaha illallah, wahdahu laa syarikalahu wa asyhadu anna muhammadan abduhu wa Rasuluhu” kerana dengan ucapan tersebut akan dibukakan baginya lapan pintu syurga, dia boleh memilihnya dari pintu mana yang dia kehendaki ( HR Muslim no 234),

Kemudian disambung dengan doa “Allah humaj’alni minattauwabina waj’alnii minal mutathahhiriina” maksunya:

Ya Allah, jadikan aku golongan orang2 yang bertaubat dan jadikan lah aku dari golongan orang yang membersihkan diri ( Sahih sunan at-tarmizi)


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

“Perhiasan perhiasan di syurga itu sampai ditubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu”. ( HR Muslim no 250)



Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3 . Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg plg berharga:
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Dilemma.

Nik Ab Rahim Nik Ab Aziz:
APA YANG BERLAKU DI SINGAPURA BOLEH DIJADIKAN CONTOH KESAN RATIFIKASI ICERD

*BAGAIMANA MELAYU SINGAPURA DIPINGGIRKAN KERAJAAN PAP TANPA MENUKAR PERLEMBAGAAN?*

*”Orang Melayu ni paranoid. Kalau kita ratifikasi ICERD pun, hak hak istimewa Bumiputera masih terjamin. Nak batalkan Perkara 153 bukan saja perlu 2/3 majoriti, tetapi perlu kelulusan Raja Raja Melayu. Jangan bimbang tak bertempatlah!”*
*_Begini jawapannya:_*

*Perkara 152(2) Perlembagaan Singapura juga menyebut tentang kedudukan istimewa Melayu sebagai kaum pribumi (indegenous people) dan tanggungjawab kerajaan mereka dalam memelihara hak dan kepentingan kaum Melayu dari sudut bahasa, pendidikan, agama, politik, sosial dan ekonomi.*

*Tetapi apa yang berlaku adalah perlembagaan akan tinggal nama sahaja apabila dasar kerajaan sedia ada akhirnya meminggirkan bangsa tersebut. Contohnya selepas kemerdekaan daripada Malaysia tahun 1965, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan Singapura telah menghentikan penggunaan nama Melayu bagi jalan di negara tersebut. Malahan mereka mula menggantikan perkataan ‘lorong’ kepada ‘avenue’ atau ‘drive’. Bermula tahun 1980an, nama2 Cina pula digunakan. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi bahasa?*

*Selepas tahun 1965, Singapura telah memperkenalkan kuota perumahan, skim penempatan semula bandar dan mewujudkan sistem perwakilan undi (GRC). Keadaan ini telah mencairkan kuasa politik Melayu dan melemahkan parti parti pembangkang pro Melayu seperti PKMS. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi politik?*

*Kuota kediaman etnik juga diperkenalkan pada tahun 1989 dengan syarat bahawa peratusan etnik Melayu tidak boleh melebihi 20% daripada sebuah kawasan pilihanraya dan 22% daripada komposisi penduduk blok perumahan awam. Jadi di mana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi ekonomi sedangkan tumpuan perniagaan dan infrastruktur adalah kepada kawasan perumahan berpusat seperti ini?*

*Dari segi pendidikan, kedudukan Melayu lebih parah. Sehingga 2005, tidak pernah ada seorang pun Melayu menerima biasiswa Angkatan Tentera Singapura (SAFOS). 98% daripada penerima biasiswa luar negara SAFOS pula berbangsa Cina. Bermula tahun 1990, kerajaan Singapura telah membatalkan dasar pelajaran percuma kepada kaum Melayu tanpa syarat yang diwarisi dari zaman British. Kesannya, mana2 keluarga Melayu berpendapatan SGD2000 sebulan perlu membayar yuran pengajian yang tinggi. Jadi dimana pemeliharaan terhadap kedudukan Melayu dalam pendidikan?*

*Saya tak ada masalah jika bangsa saya jahil. Jahil itu penyakit. Penyakit itu ada ubatnya. Belajar dan membaca adalah ubat kejahilan.*

*Tapi menjadi bXXi ni tak ada ubat. Samak macammana pun dia akan kekal najis.*

*Sumber rujukan:*

*1. Perlembagaan Singapura ms 158*

*2. Dilema Singapura: Peminggiran Politik dan Pelajaran Masyarakat Melayu, Prof Madya Dr Lily Zubaidah Rahim (Assoc Professor at University of Sydney), Oxford University Press, 2004, ms 91-101, 265*

Abdul Rahim Hilmi Zakariya