ZAHIRKAN CINTAMU PADA RASULULLAH S.A.W
Cinta adalah sesuatu yang hidup membara meronta dalam jiwa maka ia perlu dizahirkan dengan pelbagai cara.
Menyambut Maulidur Rasul adalah bahasa Cinta untuk menzahirkan Cinta pada kekasihnya yang amat dicintai.
~Para Sahabat r.a. menzahirkan Cinta dengan mata yang tiada berpaling dari wajah Baginda.
~Ahlu Bait menzahirkan Cinta dengan tangisan yang penuh kerinduan.
~para ulama menzahirkan Cinta dengan tulisan yang mengali sunnahnya.
~para ahli sufi menzahirkan Cinta dengan syair yang penuh mengasyikan
Mengadakan majlis Maulidur Rasul adalah menifistasi para pencinta lantaran tiada lagi dapat menatap wajah Baginda melepaskan rindu dengan alunan syair yang penuh pujian buat Baginda.
Namun semua mengerti cinta yang benar suci menghidupkan sunnahnya dalam segala aspek kehidupan.
-Syeikh Ibrahim Pulau Manis-